INFAQ untuk Kos Pengurusan
MAAHAD TAHFIZ AL-FATEH
PENGKALAN HULU PERAK
DANA WAKAF PEMBINAAN SURAU DAN PENGURUSAN
.jpg)
Alhamdulillah Pembinaan Telah Selesai
Tujuan Dana
Tujuan utama dana dikumpulkan adalah untuk membiayai kos pembinaan surau dan pengurusan Maahad. Antara kos yang terlibat dalam pembinaan adalah seperti berikut:
- Tambahan surau 2 tingkat berkonsep besi i beam seluas 1854 kaki persegi dengan kos berbaki RM 78,400.
Alhamdulillah, Hasil dari Sumbangan Anda
Bangunan Surau Telah 100% Siap Sepenuhnya
Namun, Sumbangan masih diperlukan untuk Menampung Keperluan Kos Bulanan Kami disini
------------------------------------------------

Kelebihan Infaq Harta Di Jalan Allah
Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah :-
“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”. ( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )
Hikmah Berwakaf
Allah s.w.t berfirman didalam surah al-imran ayat 115 yang bermaksud:
"Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa".
Antara hikmah yang terdapat didalam ibadah wakaf ialah:
- Menzahirkan Pengabdian Diri Kepada Allah S.W.T
- Sebagai Langkah Mendekatkan Diri Kepada Allah S.W.T
- Mendapat Kebajikan Yang Berkekalan Walaupun Pewakaf Telah Meninggal Dunia
- Berkongsi Manfaat Dikalangan Umat Islam Dalam Menyemarakkan Syiar Islam.
- Ianya Dapat Mengukuhkan Perpaduan Dan Ekonomi Ummah Dan
- Ianya Juga Secara Tidak Langsung Dapat Mengekalkan Pemilikan Dan Pengkongsian Aset Umat Islam Di Negara Ini Khususnya.
Bagaimana nak berwakaf untuk
Maahad Tahfiz Al-Fateh Pengkalan Hulu Perak
Bagi memudahkan tuan/puan menyumbangkan dana kepada Maahad Tahfiz Al Fateh Pengkalan Hulu Perak , pihak kami menyediakan pakej seperti berikut :
> INFAQ BARANGAN DAPUR
> INFAQ KOS PENGURUSAN
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :
Bank : MAYBANK
Nama : MAAHAD TAHFIZ AL-FATEH
No Akaun : 5582 5700 2244
Letakkan reference/remark "INFAQ KOS ALFATEH" untuk bantu kami semak transaksi sumbangan.
Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 017-2141246 (Maahad Tahfiz Al-Fateh)
Nombor Pendaftaran: (JAIPK/TAHFIZ/PH,11/18) (JAKIM/AZG7005)
Layari Facebook MAAHAD TAHFIZ AL-FATEH untuk mengikuti perkembangan aktiviti & progress semasa.