Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan di atas talian mahupun secara terus.

Alhamdulillah, Hasil dari Sumbangan Anda, Bangunan Surau Telah 100% Siap Sepenuhnya

Tambahan surau 2 tingkat berkonsep besi i beam seluas 1854 kaki persegi kini  dapat digunakan sepenuhnya dan semoga hasil kebaikan ini memberi manfaat kepada para pelajar.


------------------------------------------------




Sekiranya ada lebihan belanja Ramadan hasil dari sumbangan Tuan/Puan, kami ingin memohon izin untuk digunakan bagi kos-kos pengurusan Al-fateh seperti di bawah.

------------------------------------------------




Kelebihan Infaq Harta Di Jalan Allah

Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah :-


“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”. ( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )



Hikmah Berwakaf

Allah s.w.t berfirman didalam surah al-imran ayat 115 yang bermaksud:


"Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa".


Antara hikmah yang terdapat didalam ibadah wakaf ialah:

  • Menzahirkan Pengabdian Diri Kepada Allah S.W.T
  • Sebagai Langkah Mendekatkan Diri Kepada Allah S.W.T
  • Mendapat Kebajikan Yang Berkekalan Walaupun Pewakaf Telah Meninggal Dunia
  • Berkongsi Manfaat Dikalangan Umat Islam Dalam Menyemarakkan Syiar Islam.
  • Ianya Dapat Mengukuhkan Perpaduan Dan Ekonomi Ummah Dan
  • Ianya Juga Secara Tidak Langsung Dapat Mengekalkan Pemilikan Dan Pengkongsian Aset Umat Islam Di Negara Ini Khususnya. 



Bagaimana nak berwakaf untuk

Maahad Tahfiz Al-Fateh Pengkalan Hulu Perak


Bagi memudahkan tuan/puan menyumbangkan dana kepada Maahad Tahfiz Al Fateh Pengkalan Hulu Perak , pihak kami menyediakan pakej seperti berikut :


> INFAQ BARANGAN DAPUR 

> INFAQ KOS PENGURUSAN 


Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :

Bank : MAYBANK

Nama : MAAHAD TAHFIZ AL-FATEH

No Akaun : 5582 5700 2244


Letakkan reference/remark "INFAQ KOS ALFATEH" untuk bantu kami semak transaksi sumbangan.


Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini.


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 017-2141246 (Maahad Tahfiz Al-Fateh) 

Nombor Pendaftaran: (JAIPK/TAHFIZ/PH,11/18) (JAKIM/AZG7005)

Layari Facebook MAAHAD TAHFIZ AL-FATEH untuk mengikuti perkembangan aktiviti & progress semasa.


TERIMA KASIH DI ATAS INFAQ TUAN/PUAN
HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS KEBAIKAN ANDA. 



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Tajaan Iftar Berbuka Moreh - RM1000
Tajaan Iftar Berbuka Moreh - RM300
Tajaan Iftar Berbuka Moreh - RM100
Tajaan Iftar Berbuka Moreh - RM50
Tajaan Iftar Berbuka Moreh - RM20
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN